KITA ADALAH KITA

Followers

Thursday, November 15, 2012

ABC Kehidupan


Sumber : Perekacerita
ABC Kehidupan
A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

BESTNYA HIDUP JIKA DINIKMATI DENGAN BERMAKNA

Teringin nak berkongsi sedikit...samada nak percaya atau tidak...betul atau auta...tak tahulah...mungkin secara kebetulan atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu...

Pagi tadi pegi Simpang nak beli ikan, mula2 masa sampai tak ramai kat gerai tu tapi lepas masuk tetiba ramai yang datang beli ikan...Begitu juga yang terjadi semasa singgah makan durian kat Jementah..lepas kita orang masuk ramai pula yg singgah dan membeli.....Kata pengetua kita datang bawa rezeki....Syukur alhamdulillah jika kita i pembawa rezeki kat orang lain

Saturday, September 1, 2012

LAMA TAK MENULIS

Lama benar aku tak menulis kat blog ni.....banyak perkara dah terjadi dalam hidup ini...secara sedar atau tak sedar usia semakin bertambah dan bermakna hampir 9 bulan hidup tanpa mak. Kini aku adalah anak yatim piatu...mak dan abah tak ada...hanya ada adik2 sahaja. raya tahun ni memang terasa dulu kita ada mak sekarang tak ada...rumah semakin sunyi....petang raya kadangkala ada perselisihan faham dengan mak tentang bab memasak sebab dia banyaka lauk nak masak.
'
Tiba time aku, masak ikut keperluan dan kemampuan.. sebelum hari raya aku cuma tempat ketupa 50 biji aje...tahun ni aku tak buat ketupa sendiri sebab tak berapa pandai...tulah tak tengok mak buat...Alhamdulillah aku masak lauk agak cepat dari biasa, dengan mak biasanya sampai malam tak siap. Aku dengan niza mula masak jam 4.30 ptg...sebelum tu rebus tulang dulu...memandangkan nak cepat beli tong gas satu lagi supaya lauk pauk yng lain dapat masak sekali.

akhirnya dengan susah payah akau dengan niza berjaya memasak ayam masak rendang, sambal sotong dan daging masak kurma....itu yang mampu. Perut yg biasa mak masak aku buat kali ni sebab tak pandai takut terbeli perut yg belum dicuci....biasanya yg suka makan perut ni busu mat....





Ni semua masakan untuk raya ketiga sebab adik2 nak balik...raya ketiga aku kat dapur lagi....pagi2 dah bangun untuk masak ketupat, rendang, masak lodeh dan sambal sotong. Dalam jam 2.00 ptg semua dah selesai masak....Alhamdulillah makanan ni dimakan bersama Busu Izah sekeluarga dan mila....petang udin sekeluarga sampai...ketupa tak berapa menjadi sebab agak keras terlebih beras.....