KITA ADALAH KITA

Followers

Thursday, June 2, 2011

perjalanan ke nanjing, shanghai, china

.......di sebabkan lama tak menulis terlupa nak cerita pada 12 - 19 Mac, aku keluar dri Malaysia buat kali ke 2. Jika hari tu ke Bandung, Indonesia kali ni ke Nanjing, China. Bertolak dari rumah bersama suami dan anak ayu dan amir jam 5.00 pg ke KLIA. Kami sampai di KLIA jam6.30 pg.

Perkara pertama aku buat, ia check in beg aku dan Amir. Kami paergi berdua. Selepas check in, kami makan di Mc Donald tak jauh dari tempat perlepasan. Perjlanan ke Shanghai jam 9.30 pg. Jam 8.30 pg aku bersalaman dgn my hubby dan anak Ayu dan kami terus turun ke balai berlepas. Selepas melalui kastam dan imegresen, kami naik bas ke airport lagi satu utk penerbangan antarabangsa, keretapi dlm pembaikan. Dlm kapalterbang, duduk dekat tingkap. Pramugari dan pramugara sangat peramah. Dlam flight tk ramai org Melayu dan perempuan bertudung, rasanya aku seorg kot dalam kelas ekonomi. Flight penuh dan ramai penumpang China. Seorg pramugari MAS Fatimah sagt baik dan mengambil berat.

Amir pertama kali naik flight dan asyik lapar aje...kejap2 minta air dan makanan. Mujurlah Fatimah tu baik orgnya. Makanan hari tu nasi lemak sambal udang...sedap jugalah. Air oran dan jambu batu kira ok.

Aku pegi nanjing di taja oleh adik dan tambang anak, aku bayar...Tempat yg tak ada dlm kepala, akhirnya aku jejaki juga dan sampai juga ke nagara kelahiran datukku Mat Amin, seorg berbangsa Cina dari Wilayah Kwantung tpi sayang tak ke sana sebab Shanghai terletak di tengah China manakala Kwantung di Selatan. Dlm flight sebab tengok pemandangan kat bawah semasa berada di Kemboja, sayup ke bawah dan terasa negeri....

Perjalanan ke Shanghai mengambil masa 5 jam. Kami smpai lebih kurang jam 2.30 ptg dan mendarat dgn selamatnya. Luasnya lapangan terbang shanghai.....Syukur alhamdulillah, akhirnya aku berpijak ke bumi China.....Fatimah sempat membekalkan kami 2 bungkus nasi lemak tapi dlm keadaan menyorok dan minta kami sorokkan mkanan tersebut kran tak mahu ketuanya tahu. Terima kasih byk pd Fatimah.

Sampai saja. kena melalui kastam dan imegresen dan mengambil masa yg sangat panjang. Terlalu ramai yg nak masuk ke Shanghai hari tu. Dekat pukul 4.00 ptg kmi keluar dari balai ketibaan dan Udin bersama Mejar Zaki tunggu kami. Tanpa berlengh kami terus pegi ke stesen keretapi yg lebih kurang komuter dan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan utk tukr keretapi laju. Kami ikut aje dan tak tahu apa2 pun. Keretapi ni sgt laju berbanding komuter, perjlanan antara satu stesyen dgn satu stesyen tak lama tak mcm komuter kita dr seremban ke kl, nak mulakan perjalanan ambil masa Tapi kat sana berhenti sekejap terus berjalan dan tak sampai 5 minit terus sampai ke stesen lagi satu.

Lepas itu kami pegi stesen keretapi laju yg kelajuannya 350 km/jam. Tak tahu nama stesen, sementara tunggu jam 7.15 mlm, aku dgn amir makan nasi lemak yg dibekalkan oleh Fatimah. Setiap penumpang yg naik keretpi laju tu dibekalkan dgn air mineral. Nak beli air dan makanan kat sna tak confident kerana faham ajelah....Kata Adik tandas kat stesen keretapi dan airport aje yg bersih yg lain sush nak cakap... Akhirnya dpt naik keretapi laju tu, tapi tak nampak apa2 sebab dah malam. Perjalanan ambil masa 2 jam dan akhirny kami sampai di Stesen Keretapi Nanjing.

No comments: