KITA ADALAH KITA

Followers

Wednesday, January 28, 2009

sekolah seri mahkota cuti seminggu sempena cuti tahun baru cina. aku tak kemana-mana pun. hari sabtu 24/1 hantar anak tuisyen. aku menghadiri perkahwinan siti zubaidah, jumpa anak-anak murid tun perak. semuanya dah besar dan cantik2 belaka, tak kurang juga dengan yang lelaki.

hamzah pergi jadi wali pernikahan anak perempuan dia. aku tak nak pegi sebab tak suka tunjukkan diri. niza balik satu keluarga. mila, hisham dan sabri balik hari senin cuma udin aje yang tak balik. rumah riuh dengan suara budak-budak.

hari ahad aku pegi rumah kak faezah, anak bongsu hamzah berkahwin. aku duduk tak lama. di sana aku jumpa adik beradik hamzah, semuanya ada.

hari rabu 29/1 aku ke tun perak. saja jalan-jalan. aku jumpa cikgu abu nak tanya mengapa aku dianiaya sedemikian rupa oleh pengetua dan aku maklumkan pada dia aku kesal dengan apa yang berlaku terutama pada jamsari dan erlind termasuk kak samiah. lepas tu makan tengah hari dengan kak yam dan kak liza kat hospital - kak yam belanja. nak jumpa kak nah tak ada sebab dia sekolah. aku balik rumah terus.

hari khamis 30/1 aku ke sekolah sebab dah janji dengan budak2 untuk buat kain rentang kerjaya. aku berazam nak bawa smksm ke peringkat negeri dan kalau boleh ke kebangsaan

No comments: