Mulai 12 Nov kami semua guru-guru kaunseling menghadiri mesyuarat kat Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Tujuannya nak siapkan kajian tindakan.
Sebelum bertolak berkumpul kat PPDJasin dan seterusnya bergerak ke Cafe Taman Botanikal untuk Majlis Jalinan Mesra Guru Kaunseling Negeri Melaka. Semasa sampai kat sana hujan agak lebat. Kami redah aje...
Kat sana jumpa Bee, Lin dan lain-lain, lama tak jumpa. Pengacaranya si Chan. Majlis dimulakan dengan menikmati jamuan seperti mee hun goreng, nasi goren, karipap durian, ayam goreng, popia dan lain-lain. Makannya berat sangat...tapi bolehlah.
Lepas makan, Chan menjemput rakan-rakan baru yang bertugas sebagai GBK di Melaka. Kami dah bosan, ingatkan nak keluar awal sebab nak ke Kuala Lumpur berkursus, terpaksa tunggu sebab majlis belum selesai. Ada juga rakan-rakan yang dah balik. Pandai-pandailah nak hidup.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan En Jasmi dan penyampaian cenderahati kepada rakan-rakan yang mendapat anugerah Guru Cemerlang dekat 20 orang. Ingatkan nak balik tapi En Zulhijri tak bagi juga suruh tunggu sampai taklimat.
Zulhijri menyampaikan taklimat tentang perkhidmatan UBK antaranya tugas dan tanggungjawab sebagai GBK, program tahun hadapan, laporan L4 dan Karnival Pendidikan Kerjaya.
Akhirnya kami bertolak juga ke Kuala Lumpur. Cuaca agak mendung sebab baru lepas hujan. Singgah di Seremban untuk solat. Disebabkan lambat bertolak kami tersangkut dlm jem. Akhirnya sampai juga ke hotel.
Kami check in dan aku seblik dengan Kak ani, bilik 1516 berhadapan dengan Menara KLCC. after that makan dan masuk bilk Melati, Tingkat 1 untuk taklimat dekat pukul 10.00 mlm.
Hari ini semua sibuk dengan pemurnian kajian tindakan. Waktu tengahari ada kelas grooming daripada Pn Zainon ( alat solek Mary Claire). aku berapa minat sebab badan kurang sedap.
Petang....
No comments:
Post a Comment