Ini merupakan cuti semester 1. Dari awal cuti aku tak kemana-mana. Anak-anak Sabri dan dia ada kat rumah sejak Khamis kerana Anis menghadiri Kursus BTM di AKCR. Meriah rumah aku dengan suara budak-budak.
Hari Sabtu ada rumah orang kahwin iaitu rumah Mak Enon. Aku jumpa bekas NAib Canselor Uitm.
Ahad rumah Bang Tapa di Taman Datok Aziz, selepas itu aku ke rumah Kak Umi di Jalan Wawasan, Kg Serkam Darat menghadiri perkahwinannya bersama Ayu. Masa nak masuk ke sana aku memang tak tahu, so aku tanya budak-budak kat situ. Sampai kat Jalan Wawasan aku terpandang satu motor dari jauh, dalam hati berkata aku nak tanya orang tua nilah bila dia sampai kat rumah. Alangkah terperanjat aku sebab orang tua yang aku kata adalah Cikgu Isa. Sampai dia kat aku , aku terus kata apa yang tersirat kat kepala aku.
Hari Isnin esoknya aku ke sekolah kerana aku bertugas, pelajar lepasan SPM ada datang. Ada yang dah janji dengan aku untuk jumpa terutama Faizal dan Fikri. Yang lain aku tak kisah sangat sebab aku dah ada pengalaman tahun lepas dengan dia untuk tidak sibuk-sibuk diri dengan budak sebab tahu perangai dia.
Aku datang sekolah dari hari Isnin hingga Khamis. Tak berapa ramai pelajar yang datang. Aku tunggu juga pelajar dari Tkn 5G, 5F, 5E terutamanya tapi sayang tak ada juga.
Hari Khamis Ila anak Minah datang itupun setelah aku beritahu Kak Yam. Dia datang dengan kawan dia. How datang untuk apply JPA, Yayasan Telekom, Khazanah Nasional dan UTP. Aku bantu sebaik yang mungkin.
Petangnya aku dan anak-anak ke rumah Mila, anak-anak dah bosan duduk rumah terutama Amir. Kami bertolak dalam pukul 3 dan akhirnya selamat sampai ke rumah Mila jam 6.15 ptg. Alhamdulillah perjalanan ok. Aku singgah kat Dengkil, ada seorang lelaki nak jual handphone Nokia kat aku tapi aku tak minat sebeb barang curi.
Kau pegi rumah Mila sebab nak pegi rumah Tok Piah, anak dia nak kahwin kat Taman Ampang Jaya.
No comments:
Post a Comment