KITA ADALAH KITA

Followers

Tuesday, April 6, 2010

Sibuknya hari ni....

Dah lama tak tulis kat sini, nak kata sibuk tak sibuk tapi kira sibuk jugalah hari ni ( 6/4/2010) sampai makan pun tak sempat.

Semalam aku dah maklumat dari kak Rohaya nama pelajar tingkatan satu tak ada dalam senarai biasiswa. Risau di buatnya, aku call En Zainudin kat PPD Jasin maklumkan perkara tu. Di akata nanti dia contact En Yunus (JPM - Unit Biasiswa ). Aku janji jam 9.30 pg aku call dia, jam 9.30 aku dia- sampai dia kata ontime. Masa ni aku tak kisah sebab banyak masalah akan timbul kalau tak selesaikan segara, bukan apa kalau orang yang menguruskan smm dia lebih arif tapi pada guru-guru yang tak tahu pasal smm ni dia akan kata kita tak siapkan smm. Persepsi masing-masing.

Aku call kementerian tapi tak dapat asyik kata line sibuk. Petang aku ke JPM jumpa En Zulhijri sebab nak bincang kursus PRS. Sama tu ambil kesempatan jumpa En Yunus. Aku minta no tel En Mohd Asyran b Subuhi. Hanya dialah insan yang boleh selesaikan masalah aku.

Hari ini, tanpa tangguh-tangguh lagi pagi-pagi aku dah call dia. Tak peduli yang penting segala masalah selesai. Semalam aku dah inform dengan GPK 1 baru sebab GPK Hem tak ada. Bila saja dapat cakap dengan dia, aku maklumkan tentang masalah. Dia minta aku email kat dia. Banyak kali aku email dari laptop kepada desktop tapi tak boleh. Aku call dia tapi dia suruh email tapi tak boleh juga. Akhirnya dia suruh aku email gunakan alamat email yang lain sebab yang aku emailkan tadi tak dapat.

Daripada pagi sampailah jam 1.45 ptg, baru aku berjaya mengatasi masalah. Alhamdulillah dapat diemailkan dan aku informkan melalui telefon.

Dalam pada buat keja ni, banyak juga keja yang aku buat 5 dalam satu, antaranya buat sesi kaunseling dengan pelajar tingkatan 5, masalah dia mungkin boleh selesai tapi memerlukan bantuan dan sokongan guru tapi guru mungkin tak nak membantu masalah tak dapat di selesaikan. Pelajar ni dah tak boleh belajar. Aku call mak dia dan telefon GPK 1 SMK Telok Mas Pn Hjh Salamah Sharip ( guru Kimia aku masa sekolah ) untuk dapatkan maklumat pakej kat sana.

Dalam pukul 9.00 pg mak dia datang dan kami berbincang. Pukul 11.00 pagi dia datang jumpa aku lagi. Aku maklumkan pada mak dia tengah uruskan perpindahan dia. Esok akan datang ke sekolah. Aku suruh dia masuk kelas dan kena berhadapan dengan Cikgu tersebut, sekurang-kurangnya dia kena menghadapi masalah dia. Pada aku dia tak boleh melarikan diri daripada masalah, suka tak suka dia kena belajar sesuatu. Daripada maklumat kawan sekelas dia ada dalam kelas cikgu tersebut.

Dalam pukul 12.00 tgh semasa aku sibuk email smm, cikgu anuar minta buat sesi dengan anak buat dia tkn 3D. Aku buat ssesi juga dengan pelajar tersebut. Aku beri sikit tugasan buat jadual belajar dan apa yang dia buat, hantar pada aku esok.

Kak Ani, Rubiah dan Radziah telefon pasal kursus PRS. Sempat juga aku taip surat dan minta pengetua tandatangan. Pengetua minta buat surat semula pada Kolej Komuniti untuk betulkan surat, aku buat juga. Telefon En Zulhijri minta alamat email sebab fax sekolah rosak. Hem minta senarai nama pelajar kg pernu, bkt pegoh, bkt kecil dan bkt larang sebab nak selaraskan pelajar berkenaan untuk penempatan ke sekolah baru.

Hari ni juga ada urin test kat sekolah oleh AADK Jasin diketuai oleh En Amir Fitri dan En Fuad (PPDJAsin )..

Petang ni pulak kena memantau kelas tambahan, aku belum pegi lagi sebab penat...rehat sekejap.

Baru aku teringat tabung haji nak nama pelajar tingkatan 1 untuk kelab Taha dan Cikgu Fuad nak nama berserta alamat pelajar menengah atas.

Hari Sabtu ni nak buat Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya. Aku harap aku sihat itu sahaja.

No comments: