KITA ADALAH KITA

Followers

Saturday, June 12, 2010

cuti sekolah pertengahan tahun 2010







Cuti sekolah tahun mula agak lewat dari 4/6 - 20/6. Cuti ni aku tak kemana-mana, cadang nak ke rmah Mila dan Sabri kat Kelang tapi tak jadi sebab Mak Usu dari langkawi nak balik. Aku dan anak-anak ada kat rumah aje.

Sabtu pertama cuti 4/6 aku pergi kenduri kahwin, 5 buag rumah aku pegi sama Ayu dan Amir. Mula-mula aku pergi rumah Farhana ( Cikgu Misratin ), kat sana jumpa Cikgu Johar, lama tak jumpa.

Kedua, aku pegi rumah mentua Cikgu Muzaimi, ketiga aku ke rumah sebelah klinik. Lepas aku pegi rumah Tok Yah Tok Talib Pulai Darat dan last sekali ke rumah Tn Ahmad kamal ( Pegawai PPD Jasin ). 4 buah rumah yang aku pegi aku makan sikit, tak larat rasanya nak makan - boleh pecah perut.

Lepas tu pegi rumah Kak Lia, jumpa dia sebelum pegi umrah, kemudian aku ke JJ Bandar Eon. Susahnya nak parking ramai betul orang.

Ahad duduk rumah aje. Siapkan baju ayu.

Buat pertama kali dalam cuti sekolah aku tak minat nak pegi sekolah...tak tahu mengapa. Aku sekarang dah jadi follower sinerton 'Benci Bilang Cinta' kat Astro. Cerita SyahJihan kat TV3 tak berapa best sejak cerita Adamay habis. Aku betul-betul follow cerita Benci Bilang Cinta, tak puas tengok kat tv aku cari kat You Tube. Cerita adaptasi dari cerita Korea'Princess Hour'. Bestnya...dulu aku tak berapa nak ikut cerita indon tapi tak tahulah mengapa yang ni aku jadi penunggu tak boleh miss.

Hari Rabu, aku pegi TESCO beli air mineral dan hantar rumah Cik Yah.

Hari Khamis 10/6, aku dan keluarga pegi makan asam pedas kat PArit Jawa, Muar. Sampai aje kat sana Nia call berithu Udin dah sampai kampung. Nasib baik asam pedas kat sana dah siap masak, soa kita orang terus makan. Kita orang order asam pedas ikan merah. Ingat tak ramai dan kami ni konon-konon jadi orang pertama rupanya ada yang lebih awal dari kami.

Lepas makan terus balik sebab tak nak Udin tunggu kat rumah.

11/6 - malam Hisham, Sabri dan Mila balik, penuh rumah aku....hotel penuh, nasiblah sapa yang dapat bilik tak ada tidur kat ruang tamu.

12/6 - rumah Cik Yah buat kerja kawwin Zumiati dengan Mohd Zulkifli ( orang Bukit Tembakau ). Jumpa ramai saudara mara. Petang aku pegi rumah Wan Zawati dengan HAmah, Ayu, Ilham, Fatiha , Amirul dan Omar.

Petang tu bawak budak-budak ni jalan-jalan kat PAntai Siring, Omar, Udin, Amir, Ayu, Fatiha, Aiman dan Ilham. Kami jalan-jalan aje. Sampai kat kedai Samri Bodot, anak aku nak makan nasi lemak dan minum milo ais. Ada satu dari SMKA Sultan Muhamad tegur katanya ramai anak? Aku jawab bukan anak-anak aku semua - anak buah. Dia kata baguslah baik-baik aje.

Mila balik malam tu lepas maghrib.

No comments: