KITA ADALAH KITA

Followers

Wednesday, June 16, 2010

SEPETANG MENYUSURI SG MELAKA












Semalam ( 16 Jun 2010 - Selasa ) aku bersama Mak Usu, Amira, Atiqah, Amani, Ayu dan Amirul pergi ke Dataran Pahlawan, Atiqah n ak cari baju. Hampir 3 jam kami kat sana.

Dalam pada menunggu tu perut rasa lapar, so aku dan Mak Usu pegi makan kuih bahulu kat Bahulu Warisan. Terasa sedap ketika panas dan dimunum bersama nescafe.

Jam 3.00 ptg kami keluar dari Dataran Pahlawan, perut dah terasa lapar. Kami makan di Restoren Asam Peda Masakan Selera Kampung yang pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan Warung Kita. Sedap sangat terutama daging salai masak lemak cili padi.

Lepas tu kami ambil keputusan pegi ke Sg Melaka kerana kebetulan aku ada tiket semasa menyertai Larian BAton.

Kami sampai kat sana dalam pukul 4.00 ptang. Jangkaan perjalan 30 minit, tapi perjalanan kami mengambil masa hampir 1 jam kerana bot yang dinaiki rosak kat Kg Mortem, terpaksa tukar bot lain. Bengang juga sebab panas dan rasa nak mabuk sebab bot terumbang ambing dipukul ombak terutama apabila bot lain melewati bot kami.

Padaku menyusuri Sg Melaka pada waktu siang terasa kelainannya kerana pernah menyusurinya pada wkatu malam. Best pada waktu malam sebab sejuk dan rumah-ruamh dilimpahi cahaya lampu.

Pemandangan di kiri kanan sangat menarik terutamanya lukisan pada dinding rumah sepanjang sungai. Menurut pemandu bot, lukisan itu dilukis oleh pelajar UitM. Sangat cantik..

Balik rmah dekat pukul 6.00 ptg. Singgah di Hamidah Food sebab MakUsu nak beli dodol, belacan unutk di bwa ke Langkawi. Aku senmpat juga tengok pembungkusan dodol yang baru seperti pembungkusan jely. Kata pekerja tersebut dodol tersebut akan diekspot ke luar negara. Baguslah idea macam, lagipun senang makan dodol macam tu...

No comments: