Aku tak tahu mengapa cuti kali ni aku tak minat nak pegi sekolah. Kalau GPK 1 tak telefon hari Khamis mungkin aku tak pegi.
Hari Isnin, dimulakan dengan perhimpunan Koku. UBK buat majlis penyampaian hadiah untuk Program Guruku Sayang.
Naik sekolah bosan aje rasa. Aku uruskan cuti pada 25/6 sebab aku bercadang nak menghadiri kursus SEFT kat KL. Minggu ni sibuk melayan ibubapa yang nak pindahkan anak ke SMK Pernu. Pelajar yang tak dapat pindah merengek nak pindah, macamlah sekolah tu aku yang punya. pengetua pun asyik dok tanya budak2 dah pegi ke belum, sampai terpaksa pegi ke kelas nak confirm budak2 dah pegi ke belum.
Hari Isnin ada seorang pelajar tkn 5F pengsan, kami ( aku, Rodziah dan Halim )terus hantar ke Poliklinik Umbai. Mak dia sampai, kita org balik sekolah. Jumpa pengetua nak maklumkan perkara tu.
Rosmah call nak confirmkan dia jadi pegi kursus SEFT, suka hati aku sebab dah ada kawan. Aku dah tetapkan pendirian, kalau dia orang tak pegi aku akan pegi juga walaupun seorang. Petang aku bankkan duit dan jumpa Rosmah.
Hari Selasa Bee confrimkan dia nak pegi, alhamdulillah ada rakan lagi aku nak ke sana. taklah sunyi...
Hari Rabu aku pegi sekolah Bee untuk tolong dia siapkan kajian kes dia sebab nak bentangkan kat sekolah SMKA. Malam pun aku pegi sama Amirul sampai jam 11 mlm.
16 - 18 Mei 2016
-
a
Pecan butterscotch cake _ Cikgu Ayu
Choc moist cake - Puan Izura
Kak Noriz
8 years ago
No comments:
Post a Comment