KITA ADALAH KITA

Followers

Saturday, November 27, 2010

CATATAN PERJALANAN KE BANDUNG - KOTA KEMBANG

Rancangan untuk ke Bandung memang tak ada dalam fikiran dan rasanya tak pernah terlintas nak ke luar negara tapi sejak dapat jemputan dari adik untuk ke China, keinginan untuk melihat negara luar bertambah. Apatah lagi berkawan dengan Kak Ani yang dah beberapa kali keluar negara membuatkan keinginan melihat negara orang tinggi.

Perjalanan ke Bandung hanya kami bertiga sahaja aku, Kak Ani dan Ayu (anak ). Dah ajak rakan yg lain tapi tak dpt pegi kerana ada hal. perjalanan ini tetap diteruskan dalam takut sebab banyak perkara yang tak enak yang didengari sebelum kesana.

Akhirnya pada 25 Novmber kami berlepas ke Bandung dengan menaiki AirAsia jam 8.30 malam. Kami ke LCCT dihantar oleh suami aku dan Amir. Semasa menunggu kami berkenalan dengan Pn Laili dan Tn Mokhtar ( pesara PERNAS ), orang Terengganu tapi tinggal di Ampang. Mereka ke Bandung kerana menghadiri konvokesyen anaknya yang telah menamatkan pengajianan dalam perubatan. Mereka menginap di Hotel Sukajadi.

Perjalanan tertunda 10 minit kerana kelewatan kapal terbang. Krew kabin ada 3 orang Nurlaili ( ketua ),Abdul Hadi dan seorang pramugari ( tak ingat nama ) - mesra. Jam 9.00 mlm kami berlepas ke Bandung dan jam 10.50 ( waktu Malaysia ) sampai di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastreranegara. Penerbangan selama 1 jam 50 minit. Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat. Pemeriksaan dikaunter Imigresen berjalan dengan lancar. Keluar dari balai ketibaan, kami telah ditunggu oleh Pak Kiki, staf dari agensi perlancongan disana dan terus ke Hotel Sukajaid yang letaknya 10 minit dari Airport. Pak Kiki agak pendiam dan bercakap apa bila ditanya. Sepanjang perjalanan ke Hotel Sukajadi, jalannya agak lengang walaupun belum malam ( jam 11.00 waktu Malaysia ).

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai kat hotel dan terus check in.....lega. Masuk aje bilik perkara pertama yang dibuat buka tv nak tengok perkembangan kat sana. Yang bestnya kat hotel ni ada banyak siaran lebih 15 siaran berbanding kat hotel-hotel di Malaysia termasuk rancangan 'Disney' dari Malaysia. Ada KBS kat tv tapi TV Malaysia tak ada pun. Berita yang mendapat liputan utama kat sana ialah Gayus Tambunan kes rasuah dan mempunyai harta 100 million, Ariel Peterpen kes pornografi bersama Luna Maya dan Cut Tari - dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara, ada sedikit tunjuk perasaan diluar mahkamah iaitu kumpulan Islam dan peminat Ariel dan rusuhan murid sekolah menengah atas di Jakarta sehingga terpaksa dileraikan oleh polis. Tak ketinggalan juga rusuhan pelajar sekolah menengah atas terhadap kes Areil, siap melakunkan aksi Ariel dalam videonya. Pelajar sekolah menengah kat sana lebih agresif dari pelajar kat Malaysia.

26/11/2010 hari Selasa, jam 6.00 pagi kat sana dah cerah berbanding waktu kat Malaysia. Waktu subuh jam 4.00 pg. Kami sarapan jam 9.00 pg. Makanannya tak banyak sangat setaraf dengan Hotel Seri Malaysia. Ada roti disediakan dengan margerin, jem strawberry ( original ) dan jem blueberry, nasi putih, nasi goreng, mee goreng ( rasanya macam mee segera bukan mee kuning macam kat Malaysia ), masak ayam, sayur, kek, bubur nasi, mee soup, buah tembikai dan betik serta jus limau dan jus anggur, kopi dan teh. Makanannya ok. Kami berdua mendapat sarapan percuma dan sarapan yang satu lagi kami bayar 350000 Rupiah.
Lepas tu kami duduk kat lobi cari maklumat untuk ronda2 Kota Bandung, berkenalan dengan staff Ita Novita dan Budi ( mesra orangnya). Berkenalan dengan Pak Farizal ( guard ) dan dia mencarikan kami sebuah kereta berserta pemandu untuk melawat sekitar Bandung dengan kadar 400000 Rupiah unutk 12 jam atau 50000 Rupiah untuk sejam. Pemandu kami Pak Aedi datang dengan kereta MPV Suzuki yang agak baru. Sudah berkahwin dan mempunyai 3orang anak perempuan. Anak sulung berumur 18 tahun mahasiswa tahuin 1 Universitas Perguruan Bandung, anak ke dua pelajar sekolah menengah atas dan anak ketiga berusia 2 tahun. Isterinya seorang guru di sekolah dasar. Pak Aedi seorang yang peramah dan banyak memberikan info tentang Kota Bandung dan Indonesia termasuklah politik, Gayus Tambunan dan Ariel Paterpen.

Hari kedua diteruskan dengan shopping kat Factory Outlet ( tak ingat namanya sebab banyak sangat factory outlet ) antaranya Heritage, Gutty ( kedai kasut kulit kat Cibuyan ). Kat kedai kasut ni aku sakit kepala, alhamdulillah seorang staf berikan ubat dan air- lepas tu ok. Makan tengahari kat Restoran Simpang Kota ( masakan padang ). Cara hidangan dengan menghantar 15 jenis lauk dalam pinggan kecil dan nasi. Atas meja ada 4 mangkuk air basuh tangan. Kak Ani pesan jangan makan semua nanti kena bayar, kami pilih 3 lauk aje masak lemak sayur nangka, rendang daging dan ayam masak kari, harga 750000 termasuk tax. Masakannya sedap.

No comments: