KITA ADALAH KITA

Followers

Tuesday, August 2, 2011

30 Jun - 7 Julai 2011 Kota Palembang

Pada 30 Jun yanag lalu akau dapt mengikuti program Jambori Nasional Indonesia yanga di adakan di Kota Palembang, Indonesia. Murid2 Tun Syed Zahiruddin yang pegi adalah 9 orang pengakap termasuk guru 3 orang aku, Cikgu Aziz dan Azizah. Di tambah lagi dgn Datuk Kader ( Ketua Pengakap Melaka ), En Zul dan Isteri, Anida & suami serta anak kecil, Cikgu Ibrahim & Kak Zaiton, Wahidah, Firdaus dan pengakap dari SMKA Sharifah Rodziah wani dan pengakap kelana SMKADRY.

Perjalanan bermula di Melaka Central, naik bas ke LCCT jam 8.30 pg, sampai kat sana lebih kurang jam 10 pg. Minum kat KFC, kelamkabut sebab nak check in. Datuk Kadir yg uruskan semua. Ramai juga org kat LCCT. Dgn kami ada pengakap dr Johor.

Kapalterbang bertolak ke Palembang lebih kurang jam 12.15 tgh. Berlari2 anak ke kapalterbang sbab kami group yg akhir...duduk kat belakang sama Ana dan Aswad. Dlm flight saja aje order sandwich dan air sbab Datuk Kadir kata rasalah makanan dlm fligh sbab dia lain dr yg lain sbab makan kat atas. Akhirnya kami sampai ke Kota Palembang lebih kurang jam 1.15 ptg waktu Malaysia tapi kat sana jam 12.15 tgh Indonesia. Lama juga kena melalui imigresen sebab ramai...akhirnya berjaya keluar....lega.

setelah selseai semua naik bas, murid2 terus ke Teluk Gelam tempat Jamnas di adakan manakala kami ke tempat makanan Jawa Bubuk. Datuk pesan ambil hanya yg nak makan, masyallah makanannya banyak. Istimewanya pilih makanan dan beri pada pelayan dan akan dipanaskan ditambahkan dgn apa yg patut.

Selesai makan terus ke Pertamina tempat penginapan...rehat. Malam pegi makan Rumah Pagi sore....masakan padang. Segala lauk pauk dihidangkan dan pilih apa yg hendak dimakan...kalau tak tahu rasanya nak ambil semua tapi dah ada pengalaman ambil apa yg patut dan share dgn kawan2. sapa2 nak menyanyi boleh....

Lepas makan jalan-jalan kat Benteng, ramainya orang Palembang malam-malam duduk kat tepi Sg Musi. Balik hotel dan tidur.

Jumaat 1 Jun, selepas sarapan jam 9.00 pg kami pergi ke Kota Pelambang menuju ke Pasar Ilir 16. Datuk ajak cari buah mahkota dewa - ubat kencing manis. Sempat beli buah mahkota dewa dan hasbatus saudah, sangat murah jika dibandingkan dengan di Malaysia. Lepas tu menuju ke Pasar Ilir 16 tempat jualan kain baju, telekung dan lain2 keperluan...pasar sangat sibuk dan jadi tumpuan orang Palembang. Makan di tepi Sg Musi. Petang kami minum petang ke rumah Pak Nordin ( LO Malaysia ), dihidangkan dengan makanan tradisonal orang Palembang - empek2, tekwan dan model. Empek2 lebih kurang macam yong tau fu di Malaysia dan dimakan sama kuah bergula yang dicampur dengan cuka.

Sabtu : keluar ke Pasar Ciber dan ke Ramayana tempat jualan kain songket. Selepas itu kami menuju ke Airport untuk menjemput kontigen Johor. Lama juga kat airport. Lepas itu pegi makan kat Rumah Makan Sederhana makanan Padang. Sangat sedap dan menyelerakan sebab masing2 dah lapar. Balik hotel dan berehat dan makan malam di hotel. Keluar sekali lagi ke Benteng.

Ahad : jam 6.00 pg dah bersiap untuk Teluk Gelam tempat dimana berlangsungnya Jamnas. Jauhnya 3 jam perjalanan, sangat lama dan memenatkan kerana jalannya tidaklah secantik di , Malaysia...bahkan bas yang kami naiki mempunyai tandas di dalamnya, kat Malaysia dah tak ada lagi bas macam tu.

Besar betul kem Jamnas, Datuk beri kami sampai jam 2.00 ptg. Macam-macam berjualan di sana. Pegi kem Malaysia malangnya mereka keluar untuk aktiviti Wisata. Nak ke tapak kem terpaksa naik motor sebab jauhnya hampir 3 km. sepanjang kat sana jadi tumpuan untuk bergambar dengan kontigen seluruh Indonesia...layan. Kepenatan dan meletihkan dan lepak kat tasik sementara menunggu masa nak balik.

Dalam perjalanan balik makan durian, kongsi bertiga dengan Cikgu Aziz dan Azizah. Best...Rupiah 20,000. Singgah di Ramayana bagi memenuhi kehendak orang Johor...penat..penat..penat.


No comments: