KITA ADALAH KITA

Followers

Monday, December 5, 2011

LAWATAN KE SHENZEN & GUANGZHAO HARI 1



Di Lohu Commercial City Dalam Lohu Commercial City

Pintu hotel Masjid di Shenzen


Restoran Muslim Makan tengahari
















Bersama Kak Yam & kak Ani

Susan ( tourist guide )

Pada 28 Nov - 3 Dis 2011 ( Isnin - Jumaat ) aku berpeluang sekali lagi ke Negeri China...alhamdulillah dlm tahun ni dah 2 kali aku berkunjung ke Negeri China. Jika dulu aku ke Nanjing ( rumah adikku Shahruddin ) tapi kali ini aku berkunjung ke Shenzen dan Guangzhao.

Shenzen merupakan pintu masuk ke Hongkong dan Taiwan. Manakala Guangzhao sebuah kota untuk mereka yang ingin brniaga dan mendapatkan barang dagangan di sana. Shenzen merupakan sebuah kota baru dan moden, cantik dan bersih. Manakala Guangzhao merupakan kota yang sibuk dengan aktiviti perniagaan.

Aku pegi ikut rombongan Cikgu Iznan dari Pahang. Dari Melaka aku, kak ani dan kak yam dihantar oleh anak Kak ani ( Shafiq ). aku tunggu kak Ani kat MC Donald ayer Keroh, jam 1.00 pg. sampai di LCCT jam 2.30 pg. Makan di Mc D LCCT. Jumpa Iznan dan rakan2 dari Pahang termasuk ibu bapa Iznan. Rombongan kami lebih kurang 16 orang termasuk 2 org kanak2, anak2 sofi dan salwa.

Bertolak dr LCCT jam 6.40 pg dan sampai di Lapangan Terbang Shenzen 10 pg, ikut kata pilot kapalterbang penerbangan selama 3 jam 55 minit dengan AK 1086. Aku makan juga dlm fligh nasi biyani bukhara dan air oren = RM 20.00.

Sampai aje, kami telah dijemput oleh Susan ( tourist guide ) kami. Masih muda lagi. Kami terus di bawa je restoran muslim untuk makan tengahari. Penuh meja dgn hidangan. minum air teh o dan air suam aje. Sedap tak sedap makan aje...

Selepas tu kami sebuah masjid di Shenzen...satu2nya masjid di shenzen. Balik ke hotel untuk check in. Biliknya cantik...Susan dah berpesan kpd kami utk tidak menggunakan berus gigi di dalam hotel dan sekiranya kami menggunakannya kami perlu membayarnya.

Berbalik kepada bilik tadi...memang cantik tapi pintu tandas dan dindingnya kaca...boleh nampak kat org luar. sebilik dgn Kak Ani.

Kami di bawa ke kedai sutera...tak boleh ambil gambar, diberi penerangan tentang pembuatan kain sutera tapi tak mampu beli harganya mahal.....

Seterusnya ke Lohu tempat membeli belah di Shenzen..bermacam2 barang ada..siapkan duit aje
Aku cuma tengok aje dan kerana kepenatan duduk di bangku...bermacam2 pelancung ada dari Indonesia, Malaysia dan lain2.

Perjalanan hari pertama kami terhenti di Restoran Muslim untuk makan malam. Selepas makan balik hotel dan sempat beli buah2an.

No comments: