KITA ADALAH KITA

Followers

Sunday, August 24, 2008

PINDAH SEKOLAH

Pada 14 Julai 2008, aku terima surat pindah sekolah daripada pengetua. Sedihnya tak terkata kerana aku tidak minta pindah tapi dipindahkan atas keperluan perkhidmatan. Pada 16 Julai aku kena memulakan perkjidmatan di SMK Seri Mahkota.

Aku tak kisah pindah tapi bukan dengan cara yang sedemikian, macamlah aku ni jahat sangat dan tak bagus. Aku pun ada maruah dan harga diri. Tapi siapalah aku kerana tak punya kuasa...Apa pun aku harap Allah akan membalas kezaliman yang aku terima sebab dia yang lebih berkuasa. Pengalaman aku akan aku jadikan sempadan dalam hidup. Alhamdulillah banyak rakan yang support aku termasuklah ibubapa pelajar yang mengenali aku. Mungkin ada kebaikan cuma kita tak nampak

No comments: