aku ke meru bersama-sama dengan anak2 dan emak pada 24/11 dan bercadang stay kat sini sampai 28/11. ini merupakan perjalanan yang tak dirancang sebab semuanya berlaku selepas aku tukar tayar kereta. lagi pun saja nak lepaskan bosan kat rumah sebab dah lama tak berjalan. aku bertolak jam 6.30 ptg dan jumpa dengan tan ( kontraktor rumah ) kat petornas air keroh. jam 7.30 baru aku bertolak ke kelang. sampai kat rumah adik jam 9.00 mlm. aku tak berhenti sepanjang perjalanan. alhamdullah jalan sepanjang seremban sampailah ke meru ada lampu jalan jadi taklah rasa takut. kat sini aku cuma pergi rumah adik aku kat rantau panjang dan tak ke rawang tak sempat. aku sempat jalan ke carefour dan tesco setia alam, saja2 cuci mata. cadang nak ke ikea tapi tak yakin takut pergi sampai balik tak tahu jalan balik macam yang berlaku pada aku, kak ani dan kak rohaya bulan lepas. bertolak dari ike jam 6.30 petang tapi sampai kat tol air keroh jam 11.30 mlm sebab tak jumpa jalan. akhirnya kami jumpa jalan ke selatan melalui dengkil punyalah tersasar jauh.
No comments:
Post a Comment