cuti sekolah dah bermula pada 13/3 - 15/3 yang lalu tapi aku kena pergi seminar kpt kat hotel ancasa, air keroh. aku sama bilik dengan kak azian kat bilik 315. aku tak balik sebab program sampai malam. selain seminar ada karnival jom masuk u kat mitc. banyak juga bahan aku ambil, sampai tak cukup tangan. 2 kali kami ambil bahan dan simpan dalam kereta. seminar pun sangat menarik banyak perkara baru yang dimaklumkan. malam kat nak datang satu famili kat rumah.
hari isnin 16/3 aku ke rumah kak nah saja nak jumpa. dalam masa yang sama budak-budak f5 tahun lepas datang jumpa aku diyana, mimi, izah, nor suezlyana, athirah dan ramai lagi, aku tak nama apapun mereka tetap dalam ingatan. aku tolong mana yang patut, kesian juga dengan dia orang maklumat tak cukup. pagi tu aku ke ppd jasin hantar kain rentang dan poster.
sepanjang minggu fahmi dan ayu ada kelas tambahan. sebelah petang tuisyen matematik dengan kak liza. aku ke sekolah juga pada hari selasa. hari rabu bawa fahmi ke memorial kemerdekaan cari bahan untuk folio sejarah dan makan dekat burger king. jumpa ramai anak murid stp dan smk seri mahkota kat mahkota parade.
hari khamis, aku exam ptk kat smk datuk ab rahman yaakub. soalan boleh tahan susah tapi hentam sajalah. ada rezeki lulus tak ada tak ape, sebab tahun depan aku masuk dg 44. aku ambil 2 paper sebab dah lulus p1 dulu sekarang p2.
hari jumaat aku meru sama ayu dan fahmi untuk ambil amir dan mak. malam pertama tiudr kat meru dan malam minggu tidur kat rumah sabri. ingat tak nak lama tapi adik2 dah ajak tidur ajelah. esok nak balik pagi. harap tak jem......
ini perjalanan seminggu hidup aku. aku harap perkara yang baik berlaku dalam hidup ini.........
16 - 18 Mei 2016
-
a
Pecan butterscotch cake _ Cikgu Ayu
Choc moist cake - Puan Izura
Kak Noriz
8 years ago
No comments:
Post a Comment