KITA ADALAH KITA

Followers

Thursday, June 18, 2009

lama tak tulis

lama betul aku tak menulis dalam blog ni. sibuk ke atau tak sempat. aku dah beli 'broadband celcom' malangnya tak boleh guna sebab bukan kawasan liputan. rasanya dah lama tak menulis - last tulis kat meru. macam-macam perkara berlaku sepanjang tempoh ni.

ada dua kejayaan peribadi yang aku dah buat, pertama bawa pelajar seri mahkota jai naib johan media kerjaya dan tempat ke tiga negeri melaka - semua hasil usaha aku sorang. bukan nak mendabik dada...tapi itulah aku sebenarnya.

entahlah sampai baila aku nak bertahan hidup macam ni...membosankan.

hari tu aku periksa ptk aku dapat 3 dan 3. bulan ogos ambil sekali lagi periksa...mudah-mudahan lulus lagi.

sekarang ni aku tengah dok siapkan sistem maklumat murid untuk di hantar pada akhir bulan jun ni. sakit badan di buatnya.

lupa nak cerita, minggu lepas 8/6 - 11/6 ke utp bawa pelajar ke karnival kaunseling kerjaya kebangsaan - bawa pelajar sekolah rubiah smka sharifah rodziah. gembira betul sebab aku berpeluang kesana sebab cadangan nak bawa kereta sendiri dan anak. aku bawa amirul sahaja dan naik bas. ramai kawan-kawan dalam pertandingan media maklumat cari aku...kiranya orang masih ingat diri kau lagi..tapi sayang tahun ni aku tak berpeluang bertanding sekolah jadi naib johan aje....kuat juga pengaruh aku, sampai hakim cari aku..cuba juga cari peluang nak jadi hakim, tak ada rezeki. apa pun tahniah kepada negeri-negeri yang menang terutama sabah johan keseluruhan.

balik dari utp kami singgah di kelli castle , batu gajah. bas lalu dalam tak ikut highway atas alasan ada rondaan jabatan alam sekitar untuk asap. kalau kena rm 2000.00. malangnya kami oleh jpj di tapah. dirver sangkut kerana tiada lesen memandu dan kp. kami di bawa ke jpj tapah.

masalah selesai hampir jam 3.30 ptg. makan di hentian tanjung malim. sampai di melaka jam 8.00 malam. selepas aku terus ke port dickson - bermalam di tiara beach resort, niza ada bersama anak-anaknya.

esoknya balik ke melaka. aku dengan niza pegi tangkak beli kain. rehat kat rumah

No comments: